Once upon a time

Once upon a time
//i know that i'm cute//

Friday, January 2, 2015

STUDYING

Bila dengar perkataan 'study' mesti ramai ingat pasal perbuatan membuka buku selama 10 15 minit baring ngantuk and lepas tu terus tertidur. Aq pun macam tu kadang kadang. Kalau takde periksa memang buku tu kenalan jauuh jela. Kalau nak exam *lagi lagi final* baru ada motivasi sikit. Waktu tu rasanya buku dengan diri berpisah tiada. Kehulu ke hilir buku. Petang petang pi library try la nak ambil mood. Nak warm up gigih. Tapi......

Library bising haha. Bukan itu aja, bila nak start buka buku, meja tu nampak macam syurga tak terkata bak hotel beribu bintang. Pastu siap pesan kat member sebelah, beb 5 minit kejut. Accurate 5 minit memanglah bangun tapi keluar perkataan, 'ah nanti nantilah study'.And then sambung terbang di awang awangan. Buku hulu hilir tapi macam hiasan je. jetjet ulat buku gitu. The most important is  aq pecah rekod x tidur dalam kelas and dapat fokus sepenuhnya. Aq kurangkan talk bad pasal cikgu, ya la nanti x berkat.

Alhamdulillah aq ada kesedaran nak sungguh sungguh start form 2. Haaaaaa, baru menyesal kau form 1 aq anggap mcm tadika je. Nak menangih Tengok result final. PAI dapat C. ENGLISH dapat C MATH  dapat B SAINS dapat B sipi lagi nak C. Aq x kisah dengan diri aq tapi...... parents aq. Terserlah mereka kecewa terdiam seribu bahasa. Ya la abang abang and akak akak aq dulu semua intelligent. Aq cuba balance masa study, debate practices, homework. Punyalah susah. Tapi in the end of the day, aq berjaya. Pantang ada masa lapang, try la sikit usha usha buku tu. Tapi penangan meja tu still ada but dapat kurangkan at least.

Akhirnya final dalam kelas dapat first. Tapi x lulus SBP. Sains near miss 76. Tapi dalam batch dapat no. 4/148. Bila ingat balik semua usaha aq selama ni, masih banyak kekurangan dan mungkin apa yang aku dapat setimpal dengan usaha.

PT3? Tu yang paling aq risau. Aq mungkin tak banyak masalah dalam KBAT semua tu. Tapi mana tau, kita merancang, Allah yang menentukan. Mana tau waktu exam tu aq sakit ke, blank ke dan semua musibah yang boleh datang. Hanya boleh berdoa dipermudahkan perjalanan yang baru bermula dan betulkan niat kenapa belajar, bukan kerana siapa siapa tapi lillahi ta'ala.

Inilah aku, seorang pelajar yang berusaha jadi cemerlang *part 1